|
FUNGSI RKSK
-
Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu dan keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui ceramah, bengkel, seminar, motivasi, forum dan sesi dialog, hiburan, pementasan drama/teater, slot-slot di radio dan television, siri ziarah ke rumah-rumah, riadah dan rekreasi, sukan dan sebagainya.
-
Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.
-
Menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha melaksanakan program Rumahku Syurgaku dengan menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan ikatan institusi rumahtangga dan masyarakat.
-
Berusaha menangani isu dan masalah sosial yang melanda masyarakat di pelbagai peringkat hari ini secara berterusan dan konsisten.
-
Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku JKMM.
|