
| Modul 1 |
|
|
|
KELUARGA merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana sistem sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik sesebuah keluarga itu, maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut dan begitulah sebaliknya. Perkahwinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya pasangan itu dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia dan harmoni sepertimana slogan menyatakan 'Rumahku Syurgaku |