Home Tips Keluarga Warga Emas
Warga Emas PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 11 Ogos 2008 06:00

Tips Warga Emas

 

Warga emas atau warga tua secara umumnya dikategorikan sebagai individu yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas. Biarpun rata-rata golongan ini telah bersara, dan menghabiskan hampir sepenuh masanya di rumah sahaja, namun tidak bererti golongan ini sekadar bersikap pasif atau dilabelkan sebagai kurang produktif.

Warga emas seharusnya terus diberi peluang untuk bergiat aktif melibatkan diri dalam pembangunan negara mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, kerana peranan mereka bukan sahaja sebagai 'penerima' bahkan mereka juga boleh memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini. Antara tips-tips yang boleh dikongsi adalah :-

1. Melahirkan Kesyukuran Dengan Sujud Syukur.

Setiap individu yang mendapat sesuatu yang bernilai dan berharga pada dirinya, keluarganya seperti beroleh kejayaan dalamsesuatu hajat yang besar, kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan kehidupan seperti kenaikan pangkat, mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan sebagainya digalakan melakukan sujud syukur. Amalan ini merupakan tanda kesyukuran kita kepada Allah s.w.t di mana ia menunjukkan bukti ketinggian iman dan keunggulan akhlak.
Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7 :
  • Maksudnya : “Demi sesungguhnya jika kamu brersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar maka sesungguhnya azabku amatlah berat”.

2. Sentiasa Bersyukur Di Atas Segala Nikmat Allah, Sabar Dan Redha.

Setiap mukmin seharusnya mempunyai sifat yang unggul. Ini dapat dibuktikan dan tindak tanduk dan amalan hariannya. Antara tanda ketinggian akhlak tersebut. ialah sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diterimanya dalam kehidupannya ini. Syukur boleh dilahirkan dalam semua aspek kehidupan. Selain daripada solat sunat dan sujud syukur seseorang haruslah mempergunakan segala nikmat anugerah Allah dengan sewajarnya. Nikmat tubuh badan, kesihatan, kekuatan, kelapangan masa yang ada hendaklah dimanfaatkan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Dalam masa yang sama sentiasa bersabar dalam menghadapi segala cobaan dan dugaan Allah s.w.t. sama ada dalam bentuk ketakutan, kelaparan, inflasi, banyaknya kematian dan hasil tidak menjadi.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155
  • Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
Selain daripada itu seseorang hendaklah redha di atas segala yang menimpa diri mereka sama ada yang baik mahupun yang buruk. Sekiranya ketiga-tiga sifat di atas dapat dihayati, ini menunjukkan kesempurnaan iman.

3. Meningkatkan Muhasabah Diri.

Antara yang paling penting bagi seseorang individu berusia emas ini ialah sentiasa membuat pembetulan atau muhasabah diri. Sikap sedemikian akan menimbulkan kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan amalan dan persiapan menghadapi mati. Jadi inilah saatnya membuat pembetulan dan membaiki kesilapan masa lampau. Mudah-mudahan dengan kesedaran dan pengisian usia yang berbaki itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa depan yang panjang (di akhirat).

4. Mengqadha’ Amalan-Amalan Fardhu Yang Ditinggalkan.

Seseorang individu diusia emas digalakkan supaya mengkadha’kan semua amalan-amalan fardu yang ditinggalkan di masa lalu. Umpamanya ibadat solat, puasa, zakat dan lain-lain., Sementara usia masih ada, maka usahakanlah seberapa yang mampu untuk mengkada’ semua ibadat-ibadat tersebut. Semoga kembalinya kita nanti ke alam baqa’ dalam keadaan bersih, suci dan diredhai oleh Allah SWT. Insya Allah.

5. Menambahkan Amalan-Amalan Sunat.

Selain daripada mengkada’ amalan-amalan fardhu yang kita tinggalkan semasa muda, kebiasaannya dalam usia ini perlu ditingkatkan amalan-amalan sunat sama ada dalam bentuk solat, puasa, zikir, tasbih, dan lain-lain amalan mengukuhkan iman dan meningkatkan takwa kepada Allah s.w.t. Amalan-amalan sunat inilah yang menjadi penyeri dan melahirkan keceriaan dalam hidup di akhirat kelak.

6. Membanyakkan Taubat Dan Zikir Terutama Zikir Munajat Dan Saiyidul Istighfar.

Usia emas merupakan masa yang paling kritikal dalam kehidupan setiap individu. Justeru itu inilah masanya kita membanyakkan taubat kepada Allah s.w.t. dengan membanyakkan solat, beristighfar, berzikir dan bertasbih. Akan lebih cantik dan menarik lagi jika sekiranya amalan-amalan sedemikian dilakukan di masjid­masjid sambil beriktikaf atau dilakukan seiring dengan solat tahajjud dan sebagainya.
Allah berfirman dalam surah surah Hud ayat 90 :
  • Maksudnya : “Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, sesungguhnya Tuhanku Amat Mengasihani lagi Amat Pengasih”.
FirmanNya lagi dalam surah At-Tahrim ayat 9 :
  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.

7. Mengekalkan Amalan Qiamullail

Qiamullail adalah amalan para wali dan para auliya’. Amalan ini sewajamya diamalkan dan dihayati oleh setiap individu berusia emas. Kerana amalan sedemikian dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan dan dalam masa yang sama mendapat makam yang terpuji di sisi Allah s.w.t.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Insaan ayat 26 :
  • Maksudnya : “Dan dengan apa keadaanpun maka pada sebahagian pada waktu ma/am, sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan seboleh-bolehnya, bertasbihlah memujiNya ( dengan mengerjakan sembahyang tahjud) pada sebahagian yang panjang dari waktu malam”.

8. Sentiasa Mengingati Mati.

Diusia emas, mati merupakan pasangan yang tidak boleh dipisahkan. ini kerana pada bila-bila masa sahaja nyawa seseorang akan dicabut oleh Malaikat Izrail a.s. Sekiranya seseorang lupa dan tidak mengingati mati, ditakdirkan usia mereka tidak panjang dan mereka tidak .sempat menyediakan apa-apa bekalan kerana menikmati keseronokan hidup, apa akanjadi kepada diri mereka kelak sedang kan hanya amalan sahaja yang dapat menjamin seseorang itu ber jaya di sisi Allah s.w.t. kelak.
Allah Taala berfirman dalam surah Al-Munafiqun ayat 11 :
  • Maksudnya : “Dan ingatiah Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai sega/a yang kamu kerjakan”.

9. Berazam Untuk Mati Dalam Husnul Khatimah Dengan Mengamalkan Membaca Doa Memohon Husnul Khatimah.

Untuk mendapatkan akhir hayat kita dalam keadaan husnul khatimah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepada kesabaran, istiqamah, rajin beramal dengan pelbagai amalan yang boleh mendörong meningkat semangat dan roh untuk terus berusaha, meningkatkan ilmu ke arah tersebut sehingga keredhaan Allah s.w.t. menjelma dalam kehidupan kita. Sewajarnya kita haruslah sentiasa berdoa sebagaimana berikut :
Maksudnya : “Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau matikanlah kami dengan kematian yang baik dan janganlah Kau matikan kami dengan kematian yang buruk (dice/a)”.


 

10. Mengimarahkan Masjid.

Orang yang berusia emas amat digalakkan supaya sentiasa mengimarahkan masjid sama ada terlibat secara langsung dengan masjid dan surau seperti menjadi jawatankuasa atau menjadi anggota biro.
Selain daripada terlibat dengan aktiviti pengurusan masjid atau surau mereka digalakkan mengimarahkan masjid melalui aktiviti ilmu, kebajikan dan sosial antaranya ialah:
  • Mempastikan sembahyang fardu berjemaah di masjid atau surau.
  • Mempastikan melaksanakan sembahyang-sembahyang sunat qabliyah dan ba’diyah.
  • Membanyakkan ber’ktikaf di masjid.
  • Membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat di masjid selain daripada sunat tahiyat masjid.
  • Membanyakkan membaca Al-Quran.
  • Membanyakkan berzikir.
  • Banyak bersedekah dan beramal jariah.
  • Mengadakan kelas-kelas yang sesuai dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing.

11. Melibatkan Diri Dengan Aktiviti Kemasyarakatan.

Dalam usia emas ini setiap individu adalah digalakkan supaya mengisi masa lapangnya untuk membuat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan supaya kesunyian yang dialaminya akan dapat dihilangkan melalui pergerakan, percampuran dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti:
  • Aktiviti kebajikan.
  • Gotong royong.
  • Kenduni kendara.
  • Aktiviti pengimarahan masjid.
  • Khairat kematian.
  • Dan lain-lain lagi.
Jika sekiranya mereka tidak melibatkan dalam aktiviti kemasyarakatan berkemungkinan masyarakat akan menyisihkan mereka yang mana akan menjadikan mereka lebih tertekan dan bersendirian dalam masyarakat.

12. Menziarahi Tempat-tempat Yang Boleh Membangkitkan Keinsafan Diri.

Digalakkan mereka yang berada di dalam usia ini supaya selalu menziarahi kubur, makam para wali dan lain-lain tempat yang dapat membangkitkan keinsafan diri untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini kerana dengan menziarahi tempat-tempat tersebut akan memberi kesedaran kepadanya bahawa setiap manusia walau bagaimana gagah pun akan mati dan akan tinggal bersendirian di dalam kubur.

13. Menjadi Tenaga Pengajar, Pembimbing, Penasihat, Dan Pakar Rujuk.

Mereka juga digalakkan supaya melibatkan diri dalam setiap kegiatan kemasyarakatan sama ada dalam bentuk menjadi :
  • Tenaga pengajar.
  • Pembimbing.
  • Penasihat.
  • Fasilitator.
  • Pakarrujuk.
  • Lain-lain aktiviti masjid atau surau yang mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran.
Seseorang yang berada dalam lingkungan usia ini adalah merupakan orang yang dianggap pakar dalam menjalani kehidupan. Ilmu-ilmu yang didapati amat sukar diperolehi melalui pembacaan melainkan hanya melalui pengalaman hidup sahaja. OIeh yang demikian maka sewajamya ia mencurahkan pengalaman dan ilmu tersebut untuk kebaikan generasi yang akan datang.

14. Mengekalkan Hubungan Harmoni Suami Isteri.

Oleh kerana seorang yang berada di dalam usia emas ini biasanya hidup bersendiri tidak bercampur dengan anak-anak kerana masing-masing telah berumahtangga dan sebagainya, maka mereka sering hidup berdua-duaan sahaja suami isteri. Dalam suasana hidup kesepian dan kesunyian maka rangsangan untuk terus mengekalkan keharmonian rumahtangga perlu dipelihara.
Petua-petua kebahagiaan rumahtangga di antaranya ialah :
  • Menahan rasa marah.

    Suami isteri yang berada dalam usia emas dan berada dalam keadaan kesunyian biasanya banyak menghadapi tekanan jiwa yang menyebabkan mudah tersinggung dan marah. Dalam Islam, menegaskan bahawa suami isteri agar dapat menahan perasaan marah. Oleh yang demikian dinasihatkan kepada pasangan sedemikian supaya banyak bersabar dan mudah memaafkan kesilapan dan kesalahan sebelah pihak bagi menjamin keharmonian rumahtangga.
  • Memberi Nasihat.

Jika suami atau isteri melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau sesuatu yang menyinggung perasaan, maka pihak kedua hendaklah memberikan nasihat dan peringatan supaya setiap pihak dapat menyedari kesilapan atau ketelanjuran yang mungkin tidak disengajakan itu daripada mengancam kesetabilan hubungan suami isteri.
  • Berbincang Untuk Kedamaian.

Sekiranya berlaku perselisihan dan persengketaan yang agak serius, maka hendaklah dicari penyelesaian dengan cara perdamaian melalui perbincangan dalaman bagi menjamin keutuhan rumahtangga. Sekiranya masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan maka perlulah dirujuk ke pihak-pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah seperti Penolong Pendaftar Nikah, Pegawai Kaunseling, Pegawai Tadbir Agama dan sebagainya.
  • Menghindari Perceraian.

Apabila perselisihan tidak dapat diselesaikan janganlah suami bertindak untuk menceraikan isteri kerana keputusan yang sedemikian tidak dapat menyelesaikan masalah. Sewajamya dalam usia yang sedemikian ditambah pula dalam suasana yang bersendirian jauh daripada anak-anak dan cucu tidak sewajarnya berpisah kerana masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Mereka sewajarnya melihat saat-saat kebahagiaan dari mula berkahwin hinggalah kesaat ini. Yang penting ialah memastikan sisa-sisa umur yang berbaki itu dapat diisi dengan amalan-amalan yang boleh menjamin keredaan Allah apabila meninggal kelak.
Petua kesejahteraan dan kedamaian rumahtangga :
  • Hindari daripada sifat buruk sangka.

    Suami isteri dalam usia emas ini seboleh-bolehnya hendaklah menghindari perasaan buruk sangka bagi menjamin keharmonian rumahtangga. Sifat cemburu atau mencari-cari keburukan pasangan dan sebagainya perlulah dielakkan sama sekali. Jika sekiranya perasaan buruk sangka wujud dalam diri sesetengah pihak maka dikhuatiri akan merosakkan rumahtangga dan besar kemungkinan akan mengakibatkan porak-peranda dan perceraian. Sewajarnya dalam usia yang sedemikian tidak wujud lagi perasaan buruk sangka atau apa juga perkara-perkara negatif kerana masing-masing sudah berada dalam saat yang kritikal untuk menuju alam baqa’.
  • Menghindari pertikaian.

    Pertikaian dalam rumahtangga merupakan suatu perkara yang lumrah. Tetapi dalam usia begini tidak sewajarnya pertikaian yang berlaku ini boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Setiap pihak hendaklah mempunyai sifat saling hormat-menghormati dan saling
    menyayangi, ikhlas dan bertanggungjawab dan juga semua pihak sanggup mengalah supaya suasana rumahtangga tetap harmoni.
  • Menyesuaikan diri dengan pasangan.

    Setiap pasangan mestilah menyiapkan mental dan fikiran yang sesuai dengan keadaan usianya untuk menyesuaikan diri dengan pasangan hidup masing-masing dalam peringkat usia yang sedemikian . Mereka perlu meneliti secara baik keperibadian pasangan hidup agar dapat menyesuaikan dan memahami kehendak dan keperluan masing-masing.
  • Berbincang sesuatu keinginan.

Pasangan dalam usia ini seharusnya sering membuat perbincangan dan bertukar-tukar fikiran dalam memenuhi keinginan masing-masing. ini supaya tidak timbul salah faham dan perasaan tidak puas hati di atas tindakan sebelah pihak sehingga boleh menimbulkan ketegangan, krisis dan tekanan perasaan sehingga membawa kepada suasana yang tidak harmoni dan krisis kepercayaan.
  • Menukar aktiviti.

    Bagi memastikan hubungan suami isteri berada dalam paras yang sewajarnya maka digalakkan supaya sentiasa menukar aktiviti harian bagi merangsang hubungan kasih sayang dan suasana harmoni dapat terus dikekalkan sepanjang masa.
  • Meminta nasihat orang lain.

    Sekiranya pasangan dalam usia emas menghadapi apa juga masalah sama ada masalah peribadi, keluarga dan sosial maka dianjurkan agar mendapatkan bantuan nasihat dan pandangan daripada mereka yang dikenalpasti mampu untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sekiranya tidak dapat diselesaikan secara dalaman.
    Ini selaras dengan saranan yang dianjurkan oleh Al-Quran dalam surah An-Nahl ayat 43 :
    • Maksudnya : “Bertanyalah kepada orang yang pakar sekiranya kamu tidak mengetahui”

15. Memaafkan Kesalahan Orang Lain.

Individu dalam usia emas tidak seharusnya menyimpan perasaan marah dan dendam kepada orang lain sekiranya melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan. Sepatutnya mereka mempunyai sifat yang terbuka dan sanggup memberikan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Ini kerana kita juga sering melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Oleh yang demikian kita juga perlu lah mempunyai perasaan tolak ansur, bertimbang rasa dan sifat keterbukaan agar suasana kehidupan kita sentiasa baik, harmoni dan sentiasa diredai oleh Allah. Antara gesaan Al-Quran dalam soal ini ialah Firman Allah Taala dalam surah As-Syura ayat 43 :
Maksudnya : “Dan pada itu ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.
FirmanNya lagi dalam surah Az-Zumar ayat 10 :
  • Maksudnya : “Katakanlah wahai Muhammad firmanku ini kepada orang-orang yang berakal sempurna itu: Wahai hamba-hambaku yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu, ingatlah! Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan yang sebenar di akhirat dan ingatlah bumi Allah ini luas untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas. Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

16. Mencurahkan Pengalaman dan Pengetahuan Kepada Keluarga Dan Masyarakat.

Islam mengalakkan setiap orang berbakti kepada Allah dan kepada masyarakat kerana dengan khidmat bakti itu yang akan merasakan kebaikan, kemakmuran dan kesentosaan.
Oleh yang demikian sebagai seorang Muslim dalam usia emas ini adalah bentanggungjawab untuk menegakkan Islam dalam rumah tangga dan masyarakat melalui pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang dimilikinya kepada anak-anak dan juga masyarakat yang ada di sekitarnya. Ini adalah kerana mereka telah mendapat pengalaman-pengalaman hidup yang banyak disepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah mencapai usia sebagaimana sekarang.
BEBERAPA KESILAPAN
  • Tidak tidur bersama suami atau isteri.
  • Tidak menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan keluarga.
  • Hidup secara nafsi-nafsi.


 


 
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 Julai 2010 07:49
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday46
mod_vvisit_counterThis week84
mod_vvisit_counterLast week695
mod_vvisit_counterThis month524
mod_vvisit_counterLast month3120
mod_vvisit_counterAll days24146