Ke arah menjadikan MELAKA MAJU 2010, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti akan dijadikan nadi kepada keperluan perancangan jangka panjang. Selaras dengan aspirasi di atas, Aplikasi Geoportal Perancangan - JPBD Negeri Melaka telah diperkenalkan. Ia merupakan aplikasi internet yang membenarkan pengguna mengkakses maklumat geospatial Negeri Melaka secara terperingkat. Aplikasi ini memberi penekanan kepada aspek penggunaan tanah semasa dan zoning Negeri Melaka secara menyeluruh merangkumi Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. |